Thursday, 18 October 2012

dialah anakku...

blogg..kau adalah sahabat aku sekarang..
jadi aku nak flashback pada ngkau tentang sejarah kami yang pernah berlaku di bumi Melaka ..
aku citer kat ngko sbg catatan sejarah yang boleh aku baca..
manalah tau satu hari nanti bila aku tua dan aku dah lupa...
maka kau tolonglah citer balik kat aku...juga pada anak aku..


citer dia camni......................

sob..sob.. sedih nyah mak nak citer..

intro...sambil layan lagu yang ku tujukan pada ummi2 di luar sana...




"tidak lengkap hidup seseorang wanita bila mana dia tidak dapat melahirkan seorang anak... "
betullah kata2 tersebut...
kalau dulu aku dgr org ckap gitu aku buat dek je...
haruslah aku rasa...benar dan tepat sekali...
hampir lima tahun melayari bahtera cinta bersama tanpa kehadiran insan bergelar 'cahaya mata' adalah sangat menyedihkan...walau bahagia kami rasakan, namun terselit kekosongan yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata kata...

sehinggalah pada suatu hari tanggal 23 April 2012, hari Sabtu...suatu peristiwa bersejarah telah tercipta terhadap kami suami isteri.. di Melaka..di mana kami suami isteri telah mengambil seorang bayi kecil perempuan dengan berat kelahirannya adalah 2.6 kg sebagai anak kami..Maha suci-Mu Ya Allah...mulai hari itu dialah anakku...ku namakan dia dengan nama DAMIA ZAHRAA' yang bermakna CAHAYA KEBERKATAN..

kamu lahir pada tanggal 21 April 2011 beberapa minit sebelum jarum jam menjengah ke pukul 12:00 tgh malam..beberapa minit sebelum 22 April 2012..kelahiran kamu adalah secara normal.. terrr-awal pada tarikh jangkaan..x sabar kamu nak kluar ye..sampai x sempat mak kamu nak buat sebarang  persediaan...sampaikan kamu lahir x de selai kain nak balut kamu...sedih bila umi dengar..

sebelum kamu kami ambil..ada sedikit halangan yang merisaukan umi..yang membuatkan umi meraung sorg2 masa bawak kereta...tak perlu umi cerita kat sini...namun....sgala-galanya adalah ketentuan dari-Nya..walaupon agak sukar namun Allah masih beri jalan kepada umi agar kamu menjadi anak umi walaupun bukan dari darah daging kami...walaupon hakikatnya kamu adalah anak angkat tetapi umi x rasa sedikit pon kamu anak angkat...demi Allah umi x rasa pon..yg umi tau kamu adalah anak umi & papa..pada umi pertalian kasih sayang itu lagi penting daripada pertalian darah..

inilah suami isteri yang mengharapkan sinar cahaya...masa ni baru sampai, tengah menunggu waktu melawat..




pertama kali menatap kamu....syahdu teramat...setiap kali umi pandang gambar ni mesti ada perasaan yang menyentuh tangkai hati & jantung umi...kamu adalah sebuah permulaan pada cerita kita..



umi ingat lagi masa umi ambik kamu dengan mak kamu...kamu menangis sekuat hati..padahal kamu diam je sbelum tu...umi jadi gabra...umi pon bagi balik kamu nagn mak kamu..mak kamu ambil untuk susukan kamu...terus kamu berhenti menangis.....macam kamu tau2 je kami nak ambik kamu..dan betapa antara anak dengan ibu ada ikatan yang x boleh dipisahkan...yang umi x nampak tapi boleh kamu rasa...masa tu umi dah rasa sebak..sbb umi fikir lepas ni kamu x kan dapat rasa lagi susu ibu kamu..umi x boleh nak tengok muka mak kamu..umi nak bertanya sesuatu pun umi x sampai hati..mak kamu pon diam aje...hanya Allah yang tau perasaan yang berkocak didalam hati masing2..

masa menunggu untuk keluar, kamu masih dengan mak kamu..biarlah mak kamu dakap dulu kamu sebelum umi ambil kamu pergi jauh dari dia.. air mata umi skejap skejap keluar..tahan tahn pon keluar jugak...umi sedih sbb fikirkan kamu yang akan berpisah dengan mak kamu..kamu masih kecil dan naif.. x tau apa2.. papa gelak kat umi..geram je..dia lelaki..mana tau..x paham perasaan org pompuan...

bila dah boleh kluar hospital..masa ni lah umi nampak mak kamu menangis...umi kamu ni x payah ckaplah..lagi teruk menangis..air mata kluar dah mcm air terjun..umi nampak mak kamu macam x nak lepas kamu...umi sedikit risau takut dia tak jadi bagi kamu kat kami...nasib ada kak zura yang tenangkan mak kamu..kak zura ambik kamu dan bagi kat umi..sedih teramat..rasa bersalah pon ada..kami berdrama air mata kat situ..kemudian kita smua tinggalkan mak kamu dengan kak zura..benar2 perpisahan yang menyentuh hati..antara seorang anak dan ibu.. maafkan umi yer...umi mesti buat smua tu..juga untuk kebaikan kamu..harap Allah SWT memberkati kamu dan mak kamu ye nak...
 


sbelum berpisah mcm2 kak zura pesan..dia sesungguhnya seorang insan yang berhati mulia....terima kasih sangat sangat kak..akak sungguh baik hati..tanpa akak mungkin smua ni x berlaku..tanpa akak Damia juga mungkin bukan anak kami....harap kita akan berjumpa semula suatu hari nanti...

masa bawa kamu balik ke Kuantan..sepanjang panjang perjalanan kamu senyap aje..mata x bukak bukak..gerak pon tak..nangis pon tidak..kamu tidur sahaja..umi risau takot apa2 berlaku pada kamu..kerana  1st time umi jaga seorang bayi mcm kamu...tapi smemangnya kamu seorang yang menyenangkan umi & papa..terima kasih anak..

pada awal2 bwk kamu balik umi x cium pon kamu..umi x rasa lg sesuatu pada kamu..sampai rumah terasa lagi mcm anak org lain...



sehinggalah esoknya...opah bawak kamu balik kampung..tinggal umi & papa kat umah, barulah umi terasa rindu teramat..acap kali umi suruh su anum mms gambar kamu..umi x sabar nak balik kg jumpa kamu...barulah umi rasa umi telah menjadi seorang ibu...terasa rindu seorang ibu pada seorang anak..seminggu kita berpisah..lepas dah jumpa kamu sampailah sekarang...antara kamu dan umi x pernah berjauhan...smoga kita takkan di pisahkan..kecuali ajal menjemput...

kamu anak umi & papa kini...umi janji pada kamu umi akan menjadi ibu yang baik...jaga kamu dengan baik, penuh kasih sayang..dengan iman insyaalah...supaya kamu tergolong dalam orang2 yang disayangi Allah...umi masih belajar untuk menjadi umi ye sayang..maafkan umi jika ada terkurang dalam mendidik kamu...umi tengok papa begitu syg & kasih pada kamu...harap kamu pun begitu pada kami..

Allah Maha Besar...dialah yang memberikan takdir ini pada kami...walaupon skian lama kami menanti..tetapi penantian yang amat dan teramat berbaloi..terima kasih dan syukur padaMu Ya Allah...

kamu kini....

kamu kini berusia hampir setahun stengah...apa yang membahagiakan umi kini...bila kamu tiba2 menyapa kami dengan manja... "miiii.....paapaaaa......" pastu datang pada kami...alangkah bahagia....." inilah yang dikatakan syurga dunia..bertapa nikmat dan besar rahmat Allah berikan yang kita x kan dapat ganti dengan nilai wang ringgit...

*
*
*
*
*
terima kasih penghargaan ku ucapkan kepada beberapa orang yg terlibat secara langsung atau tidak langsung...yang berjasa kepada kami tidak kulupakan...azni(teman sekerja), kak zura (orang tengah), pakcik tu..(ayah pada kawan azni), ibu mia of coz ..kawan abg yg sub duty abg... hanya Allah yang mampu membalasnya...




*semasa entry ni di tulis..air mataku turun bagaikan hujan...sob...sob...!! (sambil lap air mata)









No comments:

Post a Comment