Monday, 10 September 2012

BOLEH TAK PAKAI PENDAKAP GIGI







Apakah hukum memakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Mungkin ramai yang tidak mengetahui hukum sebenar bagi permasalahan ini. Jika dilihat, semakin ramai remaja sudah mula memakai pendakap gigi terutamanya dalam kalangan pelajar universiti dan sekolah menengah. Adakah ia haram? sunat? wajib?. Mari sama-sama kita tambah ilmu..
Nabi s.a.w bersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan”
– (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi r.a menjelaskan :-
المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم )
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH lebih tahu yang sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulkan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadis di atas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah. Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, pendakap yang dipakai untuk membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syarak, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online pula, “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
Manakala, hukum menanam gigi palsu secara kekal ke dalam gusi adalah dibolehkan dengan sebab-sebab ianya rosak atau tercabut (contoh: kemalangan).
Seperti kisah sewaktu zaman Rasulullah s.a.w,
‘Arfajah ibn As’ad telah terpotong hidungnya semasa perang Kilaab ketika Jahiliyyah, lalu dia memakai hidung perak, akan tetapi kerana ia berbau yang tidak menyenangkan, maka Rasulullah s.a.w. menyuruhnya memakai hidung yang diperbuat daripada emas.
- Riwayat at-Tirmidzi (1770), Abu Daud (4232) dan al-Nasai’ (5161). Diklasifikasikan Hasan oleh al-Albaani dalam Irwa’ al-Ghalil (824).
Hal ini tidak termasuk dalam mengubah ciptaan Allah kerana pada asalnya gigi tersebut wujud.  Tambahan pula proses menanam gigi palsu itu perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan untuk mengunyah makanan. Gigi yang ditanam ini juga tidak perlu dicabut selepas seseorang itu meninggal dunia kerana ia telah dianggap sebagai sebahagian daripada tubuh badan.


so...
jelas di sini, aku bleh pakai 
dan tidak salah menurut islam
cuma
.
.
.
masalahnya adalah..
money money...money....!!!!
harga skarang cecah rm5000

berangan je lah...

wink...wink...wink....

No comments:

Post a Comment