Thursday, 27 September 2012

harga remaja

Tiba-tiba teringat kat lagu ni..
1st time aku dengar lagu ni zaman2 aku study upsi..
dalam program apa ntah..aku lupa..
aku pecaya smua cikgu upsi penah dgr lagu ni..
lagu ni sesuai untuk program2 kaunseling atau kem2 bina sahsiah..
nak bagi kesedaran pada budak2 yg xde hala tuju..
tahniah pada pencipta lagu ni..sedap, menyentuh sanubari.jiwa dan raga..


x guna cakap banyak, layankan ajelah...



sape2 nak nyanyi ada lirik skali ha..
x pyh nak google2...

  Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja
Yang bersih dari gelora kecewa
Berapakah sebenarnya harga remaja
Bagai kehijauan pohon di perjalanan

Dengan apakah akan kau penuhi
Piala remajamu adakah cuka
Kesangsian dari cinta murah atau madu
Ajaran dari ilmu susah


Remaja amat mahal sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja  amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian

Ahmad Ramli 





teori macmellow aku...
kan ramai skarang ni org dah kawen susah nak dapat baby..
kan...kan...
ibaratnya kelahiran manusia kat muka bumi ni ada kuorta kan..
oleh kerana banyak sgt baby yg dilahirkan oleh mak bapak yg x nikah..
yakni kelahiran anak luar nikah...
so...sbb tu lah kot..
org2 yg dah kawin jd terhad nak lahirkan baby..
kesian kat mereka-mereka ini..

kesimpulannya...
punca adalah masyarakat..
musibahnya juga adalah pada masyarakat..
yg datang smua adalah dari-Nya..
kita je yg x sedor...

sdiri makan pengat..sdiri mau ingat..

paham ke idok...??

  sekian..



Monday, 24 September 2012

saya sibuk

Allahuakhbar........

minggu ni aku sibuk...
ari2 balik lambat
baru plan family projek ari ni..
so..terpaksa cancell.huhu!!!

Cesss betullah...
tiba2 dapat plak surat undangan yang berhormat
ke BTPN..majlis profesionalisma..
profesional sanggatttlahhhh....!!!! aduss!!!
tolong!!!!
anakku...umi lambat jumpa kamu hr ni...
sori syag...
nanti papa ambik mia ye sayang..



sumpah aku x suka dengan PBS..
mengarut...
menipu...
najib..
boleh x awak tolong mansuhkan PBS bongok nih...??!


Thursday, 20 September 2012

jalan2 tengok kabinet


bismillahirrahmanirrahimmm..


ni entry basi..
nak abadikan gambo..

masa ni masih mood raya
pi beraya ke rumah masitah...
niat sampingan nak tengok kabinet..

dia sambung dapor, besar tu dapor..
puas hati..
kabinet saja dalam rm 11,000
termasuk hud, dapor & oven. 
harga patot doh aku rasa
jika nak banding kat kitchenworks.
dia buat kat artcraft kedai kat kuantan prade.
 cantik dan nampk kemas..


 bawah ni bar.. aku tringin camnilah..tp dapor aku kecik sgt..no space.


ni lah tuan rumah, pn masitah.. 
siap masak mi sop..
mestilah masak, kalo x sia2 je dapor cantik,,ahaks!


 bz tuan rumah

azni & baby barunya..aizara

kak ina  & si comel yaya

 x sempat nak ambik gambo iman..
senyap tidur dengan ayah dia..

damia pon x de dlam gambo...
mana agaknya dia pergi...


Wednesday, 19 September 2012

minum

baru je buat entry pasal makan..
hari ni pasal minum plak..
ni bukan pasal minum air oren atau minum air kat kantin..


sedang dok sembang dengan budok 'hamlor' dalam kelas, 
tanya itu ini pasal kehamlorannnya...
kawan sbelah tu si Amirul (bukan nama sbenar) menyampok..
saya jahat lagi cikgu...
ye ke? jahat cmane...
jahat sungguh2...tapi sy dah taubat skarang ni...
jahat cmane? 
adalah...dok leh kabor...
aku x puas hati...kna korek jugok ni...
apa antara kejahatan yg telah awk buat?
sy minum cikgu...
gulp! minum?? 
bergenang air mata aku...
sbb sgt tak sangka...
aku tau dia berkata perkara yg benar...
mcm2 aku usul..
pengaruh abg dan kawan2..
sedeeyylah aku dgr..
bila awk mula minum..?
masa dajoh 6...
hmmm...what can i say!!!
tp syukurlah dia dah sedor skarang...
katanya sbb fikirkn mak & ayah..
hanya kata2 rangsangan mampu aku katakan..
welldone dear...!!

skurg2 awk mampu berfikir tatkala awk dah menjamah benda tu..
skali melangkah buruk padah..
tp awk mampu melawan..
rokok tu aku x hairan..
budak lain buat pon aku x hairan...
tp amirul student aku..
dr pandangan mata kasar
dia pon x delah jahat sgt..











Tuesday, 18 September 2012

jamuan raya makan mihun

bismillahirrahmanirrahimm...

ni citer pasal beberapa hari yg lepas..
dah di akhir2 bulan syawal..
aku merealisasikan harapan budak2 
nak dtg beraya kat umah..

nak datang meh je lah rumah...tapi...
masalah budak2 ni, nak mari rumah siap nak makan2 bagai...
dek kerana kekangan masa dan tenaga yg lemah...
samp dah nak habis raya...

at last aku gagahkan jua diri ini
masak ko...jgn x pecaya makcik ni masak...
masak dalam kuantiti yg agak banyak dr kebiasaan..

beriya bangga masak...
padahal mihun je pon...
gigih lah aku di hari kejadian,
biasa balik terus ambik anak..
haku terus balik, siapkan masak2, 
bawang2, ayam, sotong smua dah prepare malam tu
kecut perut gak dok pikir takut tak jadi...
mihun aku x brape pandai nak banding ngan mi kuning..siyes cakap..
tu lah...cef2 masak xnak tengok..
tengok2 yg dah masak je..
jadi lah jugak rupa mcm mihun goreng...wakaka...
dah siap kemas smua,
buat air, goreng kopok, barulah ambik datin mia..
.
.
.
ni antara gambar kejadian..


kusyuk makan mi...
cara diorg makan mcm sedap je..ekeke..
tp awal2 aku dah bgtau aku x pandai masak

firdaus : cikgu...sedap doh cikgu masok..cuma keras je sikit..

naqiuddin : sedap doh ni cikgu...

wah.. bebunga riang dalam hati bila ada kata2 memuji...

gembira sangat makan mihun,. sedap lah tu...

ni lah tuan rumah, tgh sibuk mlayan tetamu


 boys...



 girls...




damia dapat kawan baru



tepi belah kiri tu bukan student..
ni org gaji yg masak2 mi sedap tuh..(perasan)

.
.
.
.
at last tak sangka kak da plop singgoh 
(cef no. 2)
saje lah  tu nok test masokan aku..
kbetulan dia nk pegi rumah abg ipar dia
dia pon kata keras skit mi..
.
.
.
org terakhir rasa masakan aku
.
.
ni ha orgnya..

dia duty tp balik kejap 
nak ambik mi lebih bwk gi kapal
suami : sedap je...!!
isteri : ye ke?? (buat2 x mgaku lah...)

ni 1st try aku buat makan2 kat rumah sdiri..
suami slalu sgt suruh buat makan,
nak2 time raya... ajak kawan2
tp aku je x konfiden...
bab2 masak ni leh buat ketor kaki
banyak nk kna ambik kira + kemalasan..


lepas ni nak buat naik rumah...
hajat yg blom tertunai...
x tau lg bila...
tungggggguuuuuuuuuu.....!!!!!!!



Monday, 17 September 2012

BESAR DAH DAMIA

assalamualaikum....
Dengan nama Allah.....

ni citer pasal sang anak...

"besor doh mia..."
dialog yg slalu disebut sebut.,
cek pon sebut...adik badik pon...
huaw huaw...
mana dok kata..memg besor sungguh pon.
Ha ha.... sampai ummi pon kagum tengok anok yg dah besow..
Rangka besor ni..anak papa btol...

Org kata minum susu cap X anok x brape besor..
x jugak..
see...!!!  anakku skarang,..


 La ni 1 taon 4 bulan.
Gambo lawok je aku tengok..pok makan atas, anok makan bawoh...
kalau letk atas kerusi jawabnya samp atas meja lah dia panjat

Alhamdulillah...aku tengok perkembangannya bleh tahan
cakap dah pandai..suka ajuk cakap..
bleh faham apa yang org cakap..
kalo ngumpat pasal dia depan dia...adalah nampk respon..
buat2 muka..
dah pandai jeling..klakor sungguh!!

Gerammnyaa....suka gomol2 budok besor nih..
kat skuul lg..baru nak balik..
tak sabar nak jumpe damia...


Monday, 10 September 2012

BOLEH TAK PAKAI PENDAKAP GIGI







Apakah hukum memakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Mungkin ramai yang tidak mengetahui hukum sebenar bagi permasalahan ini. Jika dilihat, semakin ramai remaja sudah mula memakai pendakap gigi terutamanya dalam kalangan pelajar universiti dan sekolah menengah. Adakah ia haram? sunat? wajib?. Mari sama-sama kita tambah ilmu..
Nabi s.a.w bersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan”
– (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi r.a menjelaskan :-
المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم )
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH lebih tahu yang sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulkan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadis di atas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah. Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, pendakap yang dipakai untuk membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syarak, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online pula, “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
Manakala, hukum menanam gigi palsu secara kekal ke dalam gusi adalah dibolehkan dengan sebab-sebab ianya rosak atau tercabut (contoh: kemalangan).
Seperti kisah sewaktu zaman Rasulullah s.a.w,
‘Arfajah ibn As’ad telah terpotong hidungnya semasa perang Kilaab ketika Jahiliyyah, lalu dia memakai hidung perak, akan tetapi kerana ia berbau yang tidak menyenangkan, maka Rasulullah s.a.w. menyuruhnya memakai hidung yang diperbuat daripada emas.
- Riwayat at-Tirmidzi (1770), Abu Daud (4232) dan al-Nasai’ (5161). Diklasifikasikan Hasan oleh al-Albaani dalam Irwa’ al-Ghalil (824).
Hal ini tidak termasuk dalam mengubah ciptaan Allah kerana pada asalnya gigi tersebut wujud.  Tambahan pula proses menanam gigi palsu itu perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan untuk mengunyah makanan. Gigi yang ditanam ini juga tidak perlu dicabut selepas seseorang itu meninggal dunia kerana ia telah dianggap sebagai sebahagian daripada tubuh badan.


so...
jelas di sini, aku bleh pakai 
dan tidak salah menurut islam
cuma
.
.
.
masalahnya adalah..
money money...money....!!!!
harga skarang cecah rm5000

berangan je lah...

wink...wink...wink....

DOA HARI INI







Doaku...



"Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati...
tetapkanlah hatiku...
ke atas agama-Mu...
serta dalam mentaatimu...."
Ameeennnn.....
.
.
.
.
.
.

Smoga aku sentiasa berada dalam golongan yang mentaati-Mu....
cepat sedar akan kesalahanku...
sentiasa memohon keampunan-Mu..
.
.
.
.
Risau dengan budak2 hari ini..
X sama dengan zaman aku dulu..
Suka buat jahat..
tapi...
Malu nak buat baik...
Semoga mereka mendapat petunjuk-Mu...









Sunday, 9 September 2012

new born

Gambar hiasan...



Assalamualaikum wbt..
hmmm...idea tadaa...tp aku cuba cuba lah ingin rasa camana ada blog..bleh ker?


reasonnya nak ada blog..ntahlah...
maybe ingin mengisi masa terluang yg ada..
daripada xde hasil apa2... aku buat ni adalah hasilnya...
aku bleh baca pgalaman aku hok lepas2...
sok sok aku dah tua bleh remind kembali peristiwa2 yg dah lepas2..
masa tu dah tua kan..sang anak dah besau....

skarang ni aku sayang nyawa aku..dulu x sayang ke...?
dulu aku x brapa nak sayang..(sungguh pon)
dulu aku rasa aku kosong walaupon dengan kehadiran suami..
skarang aku rasa hidup ku sangat terisi..
ada suami slalu kna tinggal2...
bukan sbb dia suka nak tinggal aku...
tapi demi tugas terpaksalah isteri terkorban...
nasib badann...

hadiah dari Allah yang tidak ternilai...
kehadiran sang anak..aku sgt suka..suka sangat...
bak kata Mei mei.."saya suka!!! saya sukaaa!!!.." dialog yang aku slalu sebut sebut
smenjak dua menjak ni...

sebut sang anak ni buat aku sebakk....kan dah berair mata truss..
ntahlah...dia nyawa aku skarang...
aku mesti hidop sebab dia...
harap dia sayang aku sebagaimana aku sayang dia...

banyak lagi nak dicerita..esok kan masih ada...
smoga hari esok lebih baik dari hari ini..
harap entry ni xdelah teruk mana..
adioss...

sekeping pic sang anak...
tarraaa....
ni lah wajah kesayangan hamba yg sentiasa
ceria dan menceriakan hidup ummi dan papa...